27 Ogos 2021 – Unit Modal Insan, Penyampaian Strategik TERAJU telah mengadakan s…

27 Ogos 2021 – Unit Modal Insan, Penyampaian Strategik TERAJU telah mengadakan s…
Share this:
[ad_1] 27 Ogos 2021 – Unit Modal Insan, Penyampaian Strategik TERAJU telah mengadakan satu Sesi Perkongsian Maklumat Siri Pertama yang bertemakan: “JOBS FOR THE FUTURE – PERSEDIAAN GRADUAN BUMIPUTERA KE ARAH TENAGA KERJA DIGITAL BAGI PASARAN TEMPATAN DAN GLOBAL”.

Sesi ini adalah hasil kerjasama antara TERAJU dan MARA untuk memberi pendedahan mengenai persediaan tenaga kerja digital ke arah Revolusi Perindustrian keempat (IR 4.0). Penceramah jemputan adalah wakil dari Acestar Solution Sdn. Bhd iaitu Mr. Benjamin Yeoh.

Antara pengisian sesi ini adalah mengenai Badan-Badan Pensijilan yang diiktiraf, jenis pensijilan yang ditawarkan, kepentingan pensijilan untuk graduan dan kerjaya masa depan. Selain itu, sesi ini turut meliputi perbincangan topik mengenai permintaan semasa industri dan program peningkatan kerjaya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada MARA (Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Yayasan Peneraju dan TERAJU telah turut serta dalam sesi ini. Sesi ini mendapat sambutan yang baik dan TERAJU berharap akan dapat menganjurkan sesi perkongsian maklumat yang berikutnya dengan topik-topik yang lebih menarik mengenai Modal Insan Bumiputera di masa hadapan.

#terajuoffical #agendabumiputera #modalinsan




[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar