Abang Jo Akan Lancarkan ‘Sarawak Productive’ Menerusi Webinar 9 Jun Ini

Abang Jo Akan Lancarkan ‘Sarawak Productive’ Menerusi Webinar 9 Jun Ini
Share this:

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Sarawak akan mengadakan webinar mengenai ‘Post Covid-19: Sarawak The New Normal’, pada 9 Jun ini menerusi platform dalam talian yang disebut ‘Webinarjam’.

Disiarkan mulai jam 10 pagi, sesi ini dijangka akan dihadiri oleh 1,000 peserta dari sektor awam dan swasta, serta orang ramai.

Webinar selama satu jam itu akan dikendalikan oleh Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman dengan penampilan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg sebagai salah seorang ahli panel.

Abang Zohari akan berkongsi pendapatnya mengenai ‘normal baharu’ di era pasca-Covid-19 dan bagaimana memastikan bahawa perubahan tersebut berterusan dan inklusif.

Selain itu, orang ramai dan pihak swasta juga akan disediakan platform untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai era pasca-Covid-19.

Pada akhir sesi, Abang Zohari akan merasmikan pelancaran ‘Sarawak Productive’ – program yang merangkumi siri webinar untuk memberi kesedaran mengenai transformasi digital kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Webinar ini akan membantu perniagaan beroperasi di platform digital disamping mempromosikan pemadanan perniagaan (business-matching) di antara penyedia perkhidmatan digital dan usahawan.

‘Sarawak Productive’ juga mengandungi ‘Business Excellence Transformation Journey’ – pendekatan holistik untuk organisasi bertujuan untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap seterusnya, memperkuat penglibatan dan mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pihak berkepentingan serta berkembang di pasaran yang kompetitif.

Manakala, Program Intervensi Inovasi Perusahaan (EIIP) bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti di peringkat perusahaan.

Program ini akan membantu perusahaan melalui pendekatan langsung (hands-on approach) dan memberikan ‘campur tangan’ (intervention) dalam amalan yang sedia ada bagi membantu menyelesaikan masalah produktiviti dan kualiti.

Dalam usaha membantu perniagaan, Perkhidmatan Penasihat Maya Perniagaan (Business Virtual Advisory Services) akan dilancarkan pada bulan Ogos ini di mana perkhidmatan ini merangkumi Webinar Perniagaan, Klinik Penasihat Maya Perniagaan, Mentoring Maya Perniagaan, Penyelarasan Maya Perniagaan dan Latihan Maya, kesemuanya dengan objektif membawa aktiviti produktiviti ke setiap perniagaan yang berhubung dengan Internet.

Selain itu, inisiatif oleh ‘Good Regulatory Practices’ oleh MPC mengenai pembaharuan peraturan pentadbiran akan terus mendukung aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan progresif.

Orang ramai boleh melawati laman web https://www.bicara.live/sarawak. untuk mendaftar.

[Source: “Abang Jo Akan Lancarkan ‘Sarawak Productive’ Menerusi Webinar 9 Jun Ini” published by TVSarawak]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar