fbpx

Agenda AWANI: PRU15 | Siapa calon PM daripada UMNO?

Agenda AWANI: PRU15 | Siapa calon PM daripada UMNO?
Share this:
Calon PM Malaysia? Plih calon kepimpinan wakil dari Sarawak.

Tok komen pendapat ajak lah dari admin, kerajaan semasa perlu kita berik kerjasama walaupun sesiapa yang memimpin lebih-lebih lagik masa berdepan virus berjangkit covid19 tok.

Tapi, Anak Sarawak kita terbukti ada nilai-nilai kepimpinan dan kemampuan untuk memimpin negara. Sik perlu admin cerita banyak, semua adik kakak kita maklum dan tauk ekonomi negara tok dibangunkan dengan hasil minyak dan gas bermula dari tempat kita tok. Apa gik, kemerdekaan, politik, ekonomi, bahagian nei negeri Sarawak kita tok sik menyumbang atau memainkan peranan penting? Aadddeeehhh adddehhh pesitkan orang ya mun ada sapa-sapa persoalkan negeri kita tok

Cadangan wakil dari Sarawak sebagai PM ini betul dan bagus untuk memastikan perpaduan dan kelangsungan negara. Sapa tek molah kita dari Sarawak tok Second Class? Pesitkan, pesit jak

Tidak timbul persoalan siapa yang ingin berkerjasama dengan Sarawak dan isu dasar yang perlu ditekankan adalah setiap pihak perlu memainkan peranan dalam mencorak pembangunan negara dan bukan lebih berpolitik.

Realiti kepimpinan sebelum ini yang dengan mandat yang kuat kononnya pun tertumbang, itu fakta dan kepimpinan lemah.

Jelasnya, mana-mana pihak perlu kerjasama Sarawak untuk memastikan mandat sokongan rakyat di parlimen.

Admin tok memang suka bebas berpendapat dan sekda daftar mana-mana parti. Mana-mana yang bagus, kita sokong. Mena sik? Yyyahhhh, ya bok nya.

Bunyi nak urus negara macam mudah “Saya ulang..hari ini kita menang, esok harga minyak turun”. dah dapat jadi kerajaan pun boleh tertumbang

Realitinya bukan mudah adik kakak semua, macam-macam mok kenak diurus.

Stay safe semua adik kakak dan walaupun kita semua berdepan cabaran covid19 tok tapi diharapkan Malaysia boleh terus maju dan Sarawak terutamanya pun boleh terus maju. Semua kita bebas berpendapat, tapi biarlah berilmu dan juak beradab.

Berkhidmat Untuk Negara

Agenda AWANI: PRU15 | Siapa calon PM daripada UMNO?


Source

0 0 votes
Article Rating
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Posts

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Your Cart

Cart is empty

Subtotal
RM0.00
APPLY
0
%d bloggers like this: