SEORANG anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan membunuh tiga orang rakan sekerja beliau sebelum bertindak menembak dirinya.
Sumber menyatakan kejadian berlaku dipondok pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan lebih kurang jam 7 pagi tadi.
Suspek, yang berasal dari Lundu dikatakan telah tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal terus memasuki bilik pengawal.
Suspek terus mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas dipos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.
Difahamkan, dua anggota mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera terkena tembakan dibahagian perutnya telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya telah meninggal dunia.
Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih berada di lokasi kejadian membuat siasatan ke atas kes ini.
UnReportedNews™® #iamSarawakian
Sumber: Salfian Nawawi
[ad_2]
Source
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…