ANAK LIMBANG MASUK KOTA ROMAN

ANAK LIMBANG MASUK KOTA ROMAN
Share this:

ANAK LIMBANG MASUK KOTA ROMAN 

KUCHING (29 Sept): Sabtu petang, 29 September 2018. Berkongsi cerita tentang pengalaman diri, timba pengalaman di negara asing. Sebuah kota berprestij Roman di Itali, Milan nama diberi.

Figure 1: Sesi Juh Ngeteh @IGMS bersama pembentang jemputan Abdul Qaiyum Alidin.

Sebelum tiba di kota ulung Roman, sempat berkelana di Melbourne. Semua demi impian, mahu lonjak diri, mahu cipta perubahan. Tidak hanya untuk diri, untuk Sarawak Bumi Kenyalang juga.

Ada yang bertanya, kenapa harus tinggalkan Milan? Ringkas bagi yang bertanya, besar makna untuk saya. ‘Ada ruang kosong di Sarawak yang harus saya isi. Jawab saya ringkas.

Maksud Encik? Tanya nya lagi, kali ini lebih beria. ‘Ingin sahut seruan arwah Tok Nan, biar menangkan anak-anak Sarawak, jadikan anak-anak Sarawak berani tentukan nasib, jangan biar orang lain tentukan. Biar anak Sarawak berani buat keputusan, dan jika gagal, hanya gagal di peringkat yang belum kritikal’, jawab saya.

Figure 2: Sesi bergambar dari sesi Juh Ngeteh @IGMS bersama pembentang jemputan Abdul Qaiyum Alidin.

Bagaimana? Jadikan anak Sarawak sebagai antara yang jaguh dalam industri penerbangan. Pulang sahaja di bumi Sarawak, pikul amanah untuk cipta peluang untuk 30 orang jurutera anak Sarawak untuk timba ilmu, biar jadi cakna. Ambil iktibar dari revolusi pengangkutan peradaban manusia, mula dengan berjalan, seterusnya berkuda, sehinggalah bias terbang dengan pesawat, serta meluncur laju dengan kereta.

Begitulah jua seharusnya anak Sarawak, biar seiring dengan kemajuan, cipta peluang, tidak hanya mengemis peluang. Lihat dan ambil pelajaran pada jiran di Pontianak, Indonesia, mampu anjakkan langkah dalam drone. Bangunkan drone sendiri, walau terasing dari Jakarta.

Bicara juga pasal hub industri penerbangan Malaysia, biar anak Sarawak bantu Malaysia jadi jaguh di Asia Tenggara. Lokasi mungkin di bumi Borneo secara strategiknya Intai peluang untuk implementasi ‘Heli City’ di Sarawak, cipta nama, peluang kerja dan pendapatan untuk Sarawak khususnya.

Justeru anak Sarawak kena tingkatkan kuasa tindakan, mula fikir langkah, mula rencana strategi ampuh. Biar kalah mencuba, asal tidak menang mengemis.

“ANAK LIMBANG MASUK KOTA ROMAN” Petikan dari sesi Juh Ngeteh @IGMS Bersama pembentang jemputan Abdul Qaiyum Alidin

[Disediakan oleh Awang Azlihisham; Diedit oleh Syed Azrie]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar