Baru-baru ini, YBM Mohd Redzuan Yusof hadir mempengerusikan Mesyuarat berkenaan …

Baru-baru ini, YBM Mohd Redzuan Yusof hadir mempengerusikan Mesyuarat berkenaan …
Share this:
[ad_1] Baru-baru ini, YBM Mohd Redzuan Yusof hadir mempengerusikan Mesyuarat berkenaan Penyertaan Kontraktor Bumiputera bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur.

Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh wakil TERAJU, pihak Malaysia Rail Link (MRL) serta wakil-wakil persatuan kontraktor, pihak MRL telah membentangkan kepada beliau berkenaan projek tersebut.

TERAJU yang merupakan sebuah agensi dibawah portfolio YB Pak Wan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah dipertanggungjawab untuk menerajui Jawatankuasa Kerja yang turut dianggotai oleh pihak MRL dan CCC bagi mengenalpasti, menyelaras dan memantau penyertaan Bumiputera dalam projek ini.

Selain itu, TERAJU juga turut bertanggungjawab melaporkan status perkembangan penyertaan Bumiputera bagi projek ini dari semasa ke semasa.

Beliau mengambil maklum dan amat positif dengan pembentangan tersebut dan telah menyampaikan beberapa amanat serta perkara penting kepada ahli jawatankuasa bersama TERAJU bagi memperhalusi serta memulakan tindakan lanjut.

TERAJU akan mula mengadakan perbincangan secara lebih lanjut bersama syarikat-syarikat, persatuan-persatuan kontraktor Bumiputera dan pihak berkaitan bagi menjayakan inisiatif ini.

#TERAJU




[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar