Tahniah kepada pasukan Bountee Esports kerana telah berjaya memenangi hadiah wang tunai bernilai RM2000.00 dan mewakili Wilayah Sarawak di dalam Pertandingan Peringkat Kebangsaan kelak. Yang tidak berjaya di peringkat akhir ini, TAHNIAH juga diucapkan kepada anda kerana telah menjadi 8 pasukan terbaik daripada 72 pasukan yang menyertai kejohanan ini. Teruskan usaha teruskan latihan dan kembali lebih baik di dalam penganjuran yang akan datang.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pemain yang terlibat kerana memberi kerjasama dengan begitu baik sekali di dalam penganjuran pada kali ini. Di sini kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada BluecOok Gaming atas usaha anda sebagai caster untuk tournament MLBB ini !! Pihak pengurusan mengambil kesempatan ini ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang penganjuran. Sekiranya ada komen atau cadangan boleh berhubung dengan kami dan kami akan cuba meningkatkan lagi mutu penganjuran di masa yang akan datang.
Mari kita sokong Bountee Esports sebagai wakil Sarawak dan saksikan persembahan mereka dalam Peringkat Kebangsaan MEL21 yang akan bermula pada 14/08/2021 nanti !!
Semoga bertemu lagi
MAJULAH ESUKAN UNTUK NEGARA!!!!
#ESI
#SESA
#MEL21
#KBS
#MLBB
[ad_2]
Source
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…