KHAMIS, 5 OGOS 2021
KUCHING: Kem Robotik anjuran Serba DigitalX dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) melabuhkan tirai menerusi Facebook Live pada 1 Ogos lepas.
Dalam pada itu, empat sekolah terpilih menjadi pemenang program tersebut dalam kategori sekolah rendah dan menengah.
Para pemenang adalah melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Bt 4.5 telah terpilih sebagai pemenang bagi Kategori Sekolah Rendah dan pemenang bagi Kategori Sekolah Menengah terdiri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padungan, SMK DPHA Gapor, dan SMK Batu Lintang.
Pengurus Kumpulan, Ketua Operasi Serba Dinamik Kuching, Muliawadi Imran berharap agar kem robotik ini dapat membantu para pelajar untuk menjalani ilmu pengetahuan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekaligus dapat melahirkan pelajar intelek dalam bidang tersebut.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman berkata, peratusan generasi muda yang berminat menyertai bidang STEM dapat dipertingkatkan melalui program ini.
“Pemahaman dan kemahiran dalam bidang teknologi juga ditambahbaik dan pada yang sama dapat meningkatkan penggunaan hub kreatif dan inovasi Kota Samarahan,” katanya. –EDISI UKAS
[ad_2]
Source
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…