HIDUP ESPORTS SARAWAK! Malaysia mempunyai hari-hari yang istimewa seperti 31 O…

HIDUP ESPORTS SARAWAK! 

Malaysia mempunyai hari-hari yang istimewa seperti 31 O…
Share this:
[ad_1] HIDUP ESPORTS SARAWAK!

Malaysia mempunyai hari-hari yang istimewa seperti 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan, 22 Julai merupakan Hari Sarawak dan 16 September merupakan Hari Malaysia. Bagi segelintir rakyat Sabah dan Sarawak, Hari Kebangsaan tiada kaitan dengan mereka. Namun sesetengah rakyat di Sarawak menganggap hari yang relevan kepada mereka merupakan Hari Sarawak dan Hari Malaysia. Hari Malaysia merupakan hari yang sangat bersejarah kerana ia merupakan hari peringatan penubuhan persekutuan Malaysia yang bertarikh pada 16 September 1963. Ini merupakan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada 12, 13 dan 16 September 2020, pihak MYAC / WX.studio telah mengadakan satu pertandingan esukan iaitu “Datuk Sebastian Tournament Cup Musim Ke-2” sempena dengan sambutan Hari Malaysia yang ke-57 yang bertempat di Permaisuri Imperial City Mall, Miri.

Antara permainan yang dipertandingkan adalah “Mobile Legend Bang Bang” dan juga “Player Unknown Battleground”. Permainan ini amat terkenal dikalangan para belia pada masa kini untuk mereka mengisi masa lapang.
Pertandingan Datuk Sebastian Tournament Cup Musim ke 2 ini telah ditaja sepenuhnya oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew N73 Piasau dan turut disertai seramai 500 orang iaitu sebanyak 32 kumpulan dibuka kepada Mobile Legend Bang Bang dan 68 kumpulan dibuka kepada Player Unknown Battleground.

Pertandingan esukan ini turut mendapatkan sokongan dan dihadiri oleh penaja utama iaitu YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Presiden Sarawak Esports Association, Encik Afiq Fadhli Narawi.
Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan bagi memberi kesedaran kepada belia-belia tentang Hari Malaysia dan ia juga bertujuan bagi memaparkan penglibatan belia dalam penyambutan Hari Malaysia yang ke 57 ini. Melibatkan diri dalam esukan mampu memberi peluang kerjaya yang besar kepada para belia diluar sana.






[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar