Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018

Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018
Share this:

Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018

LAWAS (28 Julai): Tanggungjawab dan cabaran besar digalas bersama krew #AKYBMS yang sentiasa tabah, cekal dan setia untuk menyantuni lebih 500 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan pelajar sekolah.

Figure 1: Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018 dan Kursus Pelajar Melayu-Islam Cemerlang 2018 Siri IV: Lawas.

Figure 2: Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018 dan Seminar Keluarga Ingau, Sekolah Cemerlang pada 25-26 Julai.

Figure 3: Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018 dan Seminar Keluarga Ingau, Sekolah Cemerlang pada 25-26 Julai.

Figure 4: Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018 pada 25-28 Julai.

Sepekan berkampung di Lawas dengan hasrat dan tekad membantu membangunkan anak-anak Melayu Lawas untuk maju dan berpotensi membangunkan diri, keluarga dan masyarakat.

Program bersasar ini telah melibatkan kolaborasi strategik antara Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Bahagian Limbang, Biro Pendidikan Pusat Khidmat Bukit Sari, Pejabat Pendidikan Melayu Daerah Lawas, Pejabat Daerah Lawas, SK Agama (MIS) Lawas, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) dan pihak perseorangan.

Tidak dilupakan, terima kasih yang tidak terhingga buat semua, khususnya intelektual anak jati Lawas seperti YBhg Datu Dr Haji Sanib Said, sejarawan tersohor Sarawak, YBhg. Dr Sarip Adul, Pensyarah Kanan UMS, YBhg Dr Hamrila Abdul Latif, Pensyarah Kanan Unimas dan tidak lupa kepada professional dan intelektual kelahiran Limbang En. Abdul Qaiyum Alidin, CEO Resonics Consultancy merangkap AJK Ekonomi Ikatan Graduan Melayu Sarawak yang sudi menabur budi dan bakti kepada masyarakat Melayu Lawas.

[Source: “Konvensyen Pendidikan Melayu Daerah Lawas 2018” published by Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak]

Photo Creadits: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar