MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN MyBORNEO E-FORCE INVITATIONAL 2020 SECARA VIRTUAL K…

MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN MyBORNEO E-FORCE INVITATIONAL 2020 SECARA VIRTUAL

K…
Share this:
[ad_1] MAJLIS PELANCARAN KEJOHANAN MyBORNEO E-FORCE INVITATIONAL 2020 SECARA VIRTUAL

Kejohanan MyBorneo E-Force Invitational 2020 anjuran Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berlangsung mulai 16 Oktober 2020 hingga 8 November 2020. Kejohanan telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam Majlis Pelancaran Kejohanan MyBorneo E-Froce Invitational 2020 secara virtual di Menara KBS, Putrajaya. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, YB Datuk Snowdan Lawan, Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Puan Azura Sarbin, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak, Encik Afiq Fadhli Narawi, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) merangkap Timbalan Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dan Encik Abdul Qaiyum Alidin, Pengurus Besar Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd melengkapi majlis yang berlangsung di SESA Esports Mini Hub, Kota Samarahan, Sarawak.

Empat kategori dipertandingkan iaitu PUBG Mobile mulai 16 Oktober 2020 hingga 18 Oktober 2020. Diikuti permainan MotoGP PC mulai 23 Oktober 2020 hingga 25 Oktober 2020. Seterusnya permainan Dota 2 mulai 30 Oktober 2020 hingga 1 November. Diakhiri permainan MLBB mulai 6 November 2020 hingga 8 November 2020. Kejohanan ini mensasarkan 3,000 penyertaan dari pemain e-sports dari kepulauan Borneo iaitu Malaysia, Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

ANJURAN BERSAMA
KBSMalaysia
Jabatan Belia Dan Sukan Negara
Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan Negara
Sarawak Esports Association

DENGAN KERJASAMA
Serba Dinamik IT Solutions Sdn. Bhd.
Serba DigitalX

DISOKONG OLEH
Malaysia Esports Federation
Persatuan Esport Sabah
Persatuan Sukan Elektronik Labuan
Esports Association of Brunei
IESPA

MINUMAN TENAGA RASMI
Carabao Malaysia

#TeamKBS
#eSports
#myBorneo
#SESA






[ad_2]
Source

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar