MBM naib johan kategori utama Pertandingan SMAIVA 2021

MBM naib johan kategori utama Pertandingan SMAIVA 2021
Share this:
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) muncul sebagai naib johan kategori utama Pertandingan SMAIVA 2021 dan pemenang kategori Anugerah Kreatif dan Inovasi Terbaik 2021 yang diadakan sempena sambutan Bulan Inovasi dan Perkhidmatan Awam Sarawak 2021.
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Serba DigitalX, sebuah syarikat yang memperkasakan platform komuniti digital di negeri ini.
Pasukan MBM diketuai Setiausaha MBM Morshidi Fredrick dan City Valuer Monica Lenya.
Kemenangan itu juga membolehkan MBM membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan e-Sijil untuk pemenang
utama dalam kategori utama dan pemenang hadiah kategori terbaik.
Hasil pertandingan diumumkan oleh Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak kelmarin.
Pertandingan yang dibuka kepada agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri di seluruh Sarawak berjaya menarik 26 penyertaan.
penganjuran pertandingan Intelligent Virtual Assistant (IVA) adalah untuk, pertama – memberi kesedaran, kesediaan mengenai aplikasi pembantu maya antara agensi-agensi kerajaan.
Kedua ialah untuk meningkatkan interaksi pelanggan atau perkhidmatan pengguna dengan agensi-agensi kerajaan dan ketiga ialah untuk membina sinergi dan membuat program kemahiran digital berimpak tinggi, membina keupayaan yang melibatkan agensi kerajaan Sarawak.
Manakala keempat ialah melalui IVA, ia boleh dilaksanakan di laman web agensi dan ini akan memberi manfaat kepada kecekapan masa tindak balas laman web agensi untuk pertanyaan umum dan permintaan meningkatkan sistem sokongan kepada orang ramai dan pihak lain yang berkepentingan.
Saat ini banyak agensi kerajaan telah menyediakan ‘Chat Box’, dengan sistem berasaskan peraturan mudah yang dapat menangani perkara mudah termasuk soalan lazim.
Manakala IVA yang juga dikenali sebagai ‘Pembantu Maya Pintar’ adalah ‘pembantu’ sembang yang mahir dengan kecerdasan buatan (AI) yang membantu menyelesaikan dan memenuhi keperluan pelanggan atau pihak berkepentingan.
Pertandingan ini bermula pada 13 September 2021 dan berlangsung melalui satu siri dengan proses seperti pendaftaran digital, penyediaan pengekodan dan ‘chatbot’, sesi latihan maya dan tiga pusat pemeriksaan dalam talian (berikan panduan dan bantuan), penilaian penyertaan dan akhirnya pemilihan pemenang pada 7 Oktober lalu, yang diumumkan semalam.
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar