fbpx

Mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah dipengerusikan oleh Y…

Mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah dipengerusikan oleh Y…
Share this:
Mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin siang tadi. MKB adalah platform untuk kerajaan memperkasakan sosioekonomi Bumiputera dengan sasaran lonjakan pembangunan keusahawanan di pelbagai peringkat dan TERAJU selaku agensi penyelaras utamanya.

Mesyuarat turut memperakukan polisi, strategi dan inisiatif pembangunan Bumiputera yang mampan melalui pembentangan halatuju baharu untuk dekad yang akan datang iaitu Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030). Ianya berlandaskan intipati dari Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dengan enam (6) bidang keutamaan iaitu penyampaian perkhidmatan, modal insan, pemilikan kekayaan, keusahawanan, ekuiti korporat dan tanah rizab Melayu/Waqaf/Adat. Bidang keutamaan ini akan dikembangkan kepada industri lain di masa akan datang termasuk industri kreatif.

Selain itu, tujuh (7) Key Economic Growth Activities (KEGA) telah dikenalpasti sebagai sektor ekonomi bernilai tinggi seperti kewangan Islam; ekonomi digital; logistik, pengangkutan dan kelestarian mobiliti; pelancongan; pertanian dan komoditi; halal dan makanan serta pembuatan.#majliskemakmuranbersama #agendabumiputera
#platformpemerkasaan #pembangunan #mkb #TPB2030







Source

0 0 votes
Article Rating
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Posts

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Your Cart

Cart is empty

Subtotal
RM0.00
APPLY
0
%d bloggers like this: