fbpx

Nancy sedar cabaran besar menggalas portfolio Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Nancy sedar cabaran besar menggalas portfolio Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Share this:

Source: Published by Jessica Jawing Utusan Borneo Online on Mac 10, 2020 at 8:00AM

KUCHING: Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) menyatakan komitmen penuh beliau dalam membangunkan sektor pelancongan negara agar terus menyumbang terhadap kemajuan ekonomi negara setelah dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan semalam.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata beliau sedar usaha mengangkat sektor pelancongan bukan perkara mudah, apatah lagi ketika dunia dilanda COVID-19.

“Malaysia hari ini, menghadapi cabaran besar di peringkat global dan tempatan.  Saya sedar bahawa perjalanan ini tidak akan menjadi senang. Dengan kesan jelas COVID-19 mengenai ekonomi dunia, perniagaan dan rutin yang terjejas dengan teruk,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu kata Nancy, dengan penurunan harga minyak mentah, jelas bahawa ia memerlukan usaha lebih gigih untuk mengatasi cabaran-cabaran yang akan datang.

“Saya sedar ramai pemain industri terutamanya dalam sektor pelancongan dan industri penerbangan menghadapi masa yang sukar,” tegasnya.

Sementara itu mengulas mengenai pelantikannya itu Nancy mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas kepercayaan dan keyakinan dengan melantikanya sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Saya menerima pelantikan ini dengan penuh penghargaan, dan akan berusaha dengan tekun untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan persekutuan politik.

“Semasa menjalankan tugas ini, saya akan terus menegakkan prinsip keadilan dan sama rata, terutamanya dalam meletakkan keperluan negara dan rakyat kita terlebih dahulu.  

“Tumpuan saya akan disampaikan dengan tanggapan akauntabiliti kepada rakyat,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menegaskan kepada rakyat Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan tetap tertumpu dan teguh dalam memerjuangkan hak untuk memastikan hak perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipelihara dan dilindungi.

“Bagi pengundi saya di Batang Sadong, saya masih sama Nancy Shukri yang anda kenal, dan akan terus berkhidmat dengan saya sebagai Ahli Parlimen Batang Sadong,” katanya.

Related Posts

Your Cart

Cart is empty

Subtotal
RM0.00
APPLY
0
%d bloggers like this: