Pada hari ni saya telah memberi ucapan penggulungan saya sebagai Menteri di Jaba…

Pada hari ni saya telah memberi ucapan penggulungan saya sebagai Menteri di Jaba…

[ad_1]
Pada hari ni saya telah memberi ucapan penggulungan saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), bagi usul menjunjung kasih ke atas Perbahasan Titah Diraja.

Saya telah memberi penjelasan kepada 12 isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen lain, yang menyentuh tugas dan fungsi agensi-agensi kerajaan yakni, NADMA, APM, MKN, ICU, MAMPU dan BKPP.

Di dalam ucapan saya, saya telah menjelaskan secara teliti perbelanjaan Tabung COVID-19 yang ditubuhkan oleh NADMA. Sehingga 28 Julai 2020, sebanyak RM29.73 juta telah dibelanjakan untuk disalurkan kepada 3 kategori:

1) RM 25.23 juta kepada Yayasan Kebajikan Negara bagi menyediakan bantuan makanan untuk kawasan yang telah diletakan di bawah PKPD.

2) RM 0.55 juta bagi Bantuan Khas bagi Pengurusan Kematian

3) RM3.95 juta bagi Bantuan Khas kepada rakyat yang hilang pendapatan kerana kuarantin dan rawatan postif COVID-19.

Seterusnya, saya juga telah mengulas isu berkaitan insentif tambahan kepada anggota dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pada 13 Mei 2020, Jemaah Menteri telah pun meluluiskan kenaikan kadar elaun kepada RM9.80 sejam bagi Pegawai dan RM8.00 sejam bagi Anggota lain lain Pangkat yang akhirnya telah dikuatkuasakan bermula 1 Mac 2020.

Peruntukan tambahan berjumlah sebanyak RM32 juta setahun ini merupakan komitmen dan penghargaan Kerajaan kepada APM sebagai agensi barisan hadapan dalam menangani kecemasan dan bencana terutamanya dalam mendepani pandemik COVID-19 ketika ini.

Selain itu, saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan Malaysia proaktif di dalam memastikan pemahaman dan pematuhan SOP yang telah pun ditularkan dokumennya di semua platform media sosial.

MKN akan terus bergerak aktif dalam memastikan pematuhan SOP ini dapat dicapai oleh setiap sektor industri di Malaysia. Penguatkuasaan akan pematuhan SOP akan terus diterajui oleh pasukan Polis Di Raja Malaysia.



[ad_2]

Source

0 0 votes
Article Rating
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Posts

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: