fbpx

PERTANDINGAN VIDEO MUZIK PELANCONGAN #DUDUKDIRUMAH ANJURAN TOURISM MALAYSIA

PERTANDINGAN VIDEO MUZIK PELANCONGAN #DUDUKDIRUMAH ANJURAN TOURISM MALAYSIA
Share this:

PUTRAJAYA, 22 APR 2020: Untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan masa secara positif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganjurkan Pertandingan Penghasilan Video Muzik Pendek bertemakan pelancongan dari 18 hingga 28 April 2020.

Pertandingan ini menawarkan peluang unik untuk rakyat Malaysia mempamerkan bakat serta kreativiti dalam mempromosikan pelancongan di Malaysia tanpa perlu meninggalkan rumah masing-masing.

Penyertaan boleh dibuat secara berkumpulan atau individu di mana peserta boleh memilih dari tiga kategori iaitu nyanyian, bermain alat muzik atau melakonkan sebuah sketsa mengenai pelancongan di Malaysia. Setiap muzik video perlu menggunakan lagu ‘Cuti-Cuti Malaysia’ atau lagu ‘Visit Truly Asia Malaysia’ yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi Tourism Malaysia.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan harapan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mempromosi produk pelancongan di Malaysia dengan menggunakan media sosial.

Tiga pemenang terpilih akan membawa pulang pakej pelancongan 3 Hari 2 Malam yang meliputi tiket penerbangan pergi balik, penginapan serta transfers dan tours. Pemenang boleh memilih sendiri destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.

“Menyedari situasi PKP pada masa ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia mengajak rakyat untuk berkarya dengan penganjuran pertandingan ini. Dalam mempromosikan Malaysia, peserta juga dapat menunjukkan bakat serta idea kreatif melalui platform digital yang luas capaiannya,” ucap Menteri YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di dalam video promosi pertandingan.

Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat pertandingan, sila layari laman web Tourism Malaysia melalui pautan berikut: https://www.malaysia.travel/en/my.

TAMAT

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA atau TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada tahun 2019, Malaysia menerima 26.1 juta pelancong dan mencatatkan RM86.14 bilion perbelanjaan pelancong, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul di dunia.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Unit Media

Muadz Samat

Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat

Emel: muadz@tourism.gov.my

Tel: +603 8891 8755

Jawatankuasa Pertandingan Video

Emel: stayhomevideocontest@tourism.gov.my

Tel: 012-266 1657 (Mohd Sharmi) / 016-266 8693 (Mohd Fairul)/ 013-631 0286 (Yazin)

Related Posts

%d bloggers like this: