‘PRIHATIN’ Prihatin Terhadap Penggiat Industri Pelancongan, Kebudayaan

‘PRIHATIN’ Prihatin Terhadap Penggiat Industri Pelancongan, Kebudayaan
Share this:

Source: Published by TV Sarawak.com on March 27, 2020.

PENGUMUMAN Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat (PRIHATIN) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meminggirkan golongan memerlukan dan ini jelas mencerminkan kesungguhan untuk membantu dan bersama-sama rakyat mengharungi waktu sukar ketika ini, dedah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

“Saya percaya inisiatif-inisiatif ini akan memberi manfaat kepada semua pihak termasuk penggiat industri pelancongan dan kebudayaan seperti pengusaha premis penginapan pelancong, pengusaha syarikat pelancongan, pengusaha homestay, pemandu pelancong, usahawan kreatif dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Nancy turut yakin inisiatif ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan serta memberi motivasi untuk merancang dan menyusun semula strategi memulihkan kembali ekonomi khususnya industri pelancongan dan kebudayaan.

Related Posts

Skip to toolbar