Remaja Berjalan Kaki Solo Ke Makkah Tiba Di Limbang

Remaja Berjalan Kaki Solo Ke Makkah Tiba Di Limbang
Share this:

Remaja berjalan kaki solo ke Makkah tiba di Limbang

LIMBANG (3 Oktober): “Sarawak merupakan negeri terbaik yang saya pernah pergi,” kata Muhammad Yusuf Abdullah 19, dari Kelantan yang melakukan misi berjalan kaki secara solo ke Tanah Suci Makkah, Arab Saudi bermula Julai lepas.

Figure 1: Muhammad Yusuf tiba di Limbang sekitar pukul 7 pagi tadi.

Muhammad Yusuf yang mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan berjalan kaki sejauh kira-kira 800 kilometer, memulakan perjalanan ke Sarawak iaitu di Kuching pada 25 September lepas.

Beliau berjalan kaki dari Kuching ke Miri selama lapan hari sebelum tiba di Limbang sekitar pukul 7 pagi tadi.

Jelasnya, walaupun pernah di patuk ular beberapa kali dalam perjalanan di Sarawak, beliau tekad meneruskan perjalanan hingga ke Gunung Kinabalu yang dijangka dilakukan pada bulan ini.

“Banyak halangan ketika memasuki Sarawak seperti dipatuk ular beberapa kali, kecurian telefon semasa berada di Sibu selain terputus hubungan dengan polis di Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Muhammad Yusuf bagaimanapun, memuji Sarawak merupakan negeri paling terbaik dan selamat sepanjang misinya berjalan kaki.

Figure 2: Muhammad Yusop bergambar dengan pengawal keselamatan sebaik tiba di sempadan Brunei dan Limbang.

Muhammad Yusop bergambar dengan pengawal keselamatan sebaik tiba di sempadan Brunei dan Limbang. “Berbeza dengan Semenanjung Malaysia, keselamatan di Sarawak berada pada tahap yang terbaik, selain menunjukkan permuafakatan antara kaum,” katanya.

Namun, beliau berharap keadaan jalan terutama lampu jalan yang agak gelap pada ketika ini dapat dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan.

Figure 3: Ketua Baitulmal Limbang Junidi Lamat (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Yusop hari ini.

Selepas Sarawak, beliau akan meneruskan perjalanan dengan membawa Jalur Gemilang ke Sabah.

Antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran dan Iraq sebelum dijangka tiba di Makkah pada Jun 2019.

Menurutnya, antara cabaran yang bakal dihadapi sepanjang misi itu adalah apabila melalui negara bukan Islam dan negara bergolak iaitu Iran dan Iraq, selain terpaksa menempuh perjalanan padang pasir sejauh 300 kilometer tanpa bekalan air dan perhubungan.

Beliau juga berharap kerajaan Sarawak dan Sabah dapat membantu dari segi pengeluaran visa ke negara-negara yang bakal dilalui dan memudahkan perjalanannya ke Gunung Kinabalu.

[Source: “Remaja berjalan kaki solo ke Makkah tiba di Limbang” published by Utusan Borneo]

Photo Credits: Utusan Borneo

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar