Serba Dinamik sumbang RM1 juta kepada lima hospital untuk perangi COVID-19

Serba Dinamik sumbang RM1 juta kepada lima hospital untuk perangi COVID-19
Share this:

KUALA LUMPUR, 8 April — Serba Dinamik Holdings Bhd menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) dan bekalan perubatan lain termasuk lebih 100,000 keping topeng muka, cecair pembasmi kuman dan termometer infra merah bernilai sehingga RM1.0 juta kepada lima hospital sejak 28 Mac untuk memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia.

Lima hospital itu ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh, kata penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Memandangkan tidak pasti berapa lama penyebaran virus itu akan berterusan, adalah penting sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, kami memberi memberi sumbangan untuk meringankan keadaan semasa,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah.

Syarikat itu juga menyediakan makan tengah hari dan makan malam yang dibungkus untuk 100 orang di PPUM selama tujuh hari dari 25 Mac, bagi memberi penghargaan kepada kakitangan hospital yang bekerja keras.

“Kami tidak tahu sampai bila pandemik akan berlanjutan, atau jika kita akan terkena gelombang virus seterusnya. Apa pun yang akan terjadi, Serba Dinamik akan sentiasa bersedia dan terus memberi sokongan kepada hospital dengan peralatan, bekalan atau keperluan yang diperlukan pada masa akan datang,” katanya.

— BERNAMA

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar