fbpx

SESA DI KAPIT Penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Batang Rajang atau Batang Ra…

SESA DI KAPIT

Penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Batang Rajang atau Batang Ra…
Share this:
SESA DI KAPIT

Penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Batang Rajang atau Batang Rajang Esports Association bakal menjadi Persatuan Esports Luar Bandar yang pertama di Sarawak yang akan merangkumi beberapa kawasan seperti Kanowit, Song dan Kapit.

Saudara Douglas Jamit dipilih sebagai Presiden bagi jawatankuasa protem untuk penubuhan ini. JK Sarawak Esports Association akan menyokong penuh penubuhan ini demi melestarikan pembangunan Esports di luar bandar seiring dengan inisiatif Kerajaan Negeri di dalam “Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2022” di bawah “Action 27”.

Dengan adanya Persatuan ini yang akan menjadi ahli gabungan SESA, maka program-program Esports di luar bandar akan lebih mudah dilaksanakan dan secara tidak langsung akan membuka mata pihak berkenaan untuk mempercepatkan pembangunan dari segi capaian internet yang lebih meluas di kawasan luar bandar.

Selain itu, kami juga telah merangka pelan penganjuran expo esports luar bandar serta pembangunan seperti pembinaan sebuah pusat sukan elektronik atau Esports Center di pekan Kapit yang juga akan menjadi pusat pentadbiran serta latihan kepada penggiat Esports di luar bandar. Sedikit sebanyak akan membantu para belia untuk berkecimpung di dalam bidang teknologi dan digital serta membuka peluang pekerjaan yang baru dalam bidang ini.

Inilah harapan kami.







Source

0 0 votes
Article Rating
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Posts

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Your Cart

Cart is empty

Subtotal
RM0.00
APPLY
0
%d bloggers like this: