Sesi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Sesi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Share this:

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah mengadakan sesi pembentangan kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

TERAJU ditubuhkan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.

Pelbagai program telah dilaksanakan oleh TERAJU sejak penubuhannya seperti Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS), Skim Usahawan Permulaan Bumiputeras (SUPERB), Dana Mudahcara, Carve out & Compete, Skim Jejak Jaya Bumiputera dan Dana TERAS.

YB Menteri telah memberi pandangan agar TERAJU meneroka dan memberi fokus kepada bidang industri yang baharu untuk membantu Bumiputera seperti bidang bioteknologi, perubatan & penjagaan kesihatan, ekonomi digital, pertanian pintar dan aeroangkasa.

Sesi taklimat ini disampaikan oleh YBrs En Md Silmi Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU dan turut dihadiri oleh YB Datin Mastura, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

#StayAtHome

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar