TERAJU Bumiputera Corporation (Teraju) menjalinkan kerjasama strategik dengan RHB Islamic Bank Berhad bagi menyediakan kemudahan pembiayaan berjumlah RM126 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera menerusi Program Rantaian Bekalan Kewangan.
Program tersebut yang menyasarkan 120 PKS bumiputera seluruh negara terutama di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang memperoleh projek melalui kontrak kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional dan syarikat anchor bumiputera yang berkelayakan.
Kemudahan pembiayaan sehingga RM5 juta itu yang juga merupakan pelaburan bersama antara Teraju dan RHB Islamic akan mula ditawarkan seawal bulan ini.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Md. Silmi Abd. Rahman, program selama tiga tahun hingga 2024 itu merupakan sebuah platform dana pusingan dengan sasaran pulangan modal mencecah kadar minimum RM360 juta.
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…