Wujudkan usaha kolektif, bina semula industri pelancongan

Wujudkan usaha kolektif, bina semula industri pelancongan
Share this:

Source: Published by Media Baharu from Nasional on Mei 15, 2020.

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta dan pemain industri pelancongan perlu mewujudkan usaha kolektif bagi membina semula industri pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah tersebut bagi memastikan industri pelancongan terus berdaya tahan dan Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan utama.

Beliau turut menggariskan 10 langkah yang boleh dilaksanakan termasuk mengubahsuai strategi pemasaran dan promosi, memanfaatkan teknologi dan menjalin kerjasama serta membentuk persaingan sihat.

Tambahnya, negara juga perlu mengamalkan pelancongan bertanggungjawab dengan menerapkan kebiasaan baharu dalam aktiviti perniagaan harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya pelancaran TPN Virtual Advisory Clinic (T-VAC), perkhidmatan rundingan secara maya bagi usahawan dalam sektor pelancongan inisiatif Tourism Productivity Nexus (TPN) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Related Posts

Skip to toolbar