Mission to create more tech entrepreneurs

Mission to create more tech entrepreneurs
Share this:

KOTA SAMARAHAN: D-Virtual Park, taman tema realiti maya (VR) di Kota Samarahan merupakan salah satu taman tema maya pertama di Borneo oleh Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) merupakan inisiatif baik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar mengenai teknologi terkini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, taman tema VR itu sejajar dengan polisi Kerajaan Sarawak untuk mendorong ekonomi digital di Sarawak.

Katanya, salah satu cara untuk merevolusikan ekonomi digital di kalangan 2.8 juta penduduk tempatan ialah dengan memberi pendedahan kepada masyarakat dalam penggunaan peranti dan aplikasi digital.

“Dalam usaha untuk menjadi agresif dalam pasaran, kita perlu ada hubungan dengan pasaran tersebut.

“Oleh itu, kita mesti menggunakan pautan ini ke dalam pasaran, iaitu dengan mempromosikan penggunaan ‘blockchain’, yang mana ia adalah satu pautan yang mempunyai rantaian dengan dunia,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran semalam.

Beliau turut berkata bahawa kerajaan Sarawak sedang dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur jaringan telekomunikasi.

“Kerajaan telah melabur sebanyak RM1 bilion dari dana negeri ke untuk kerja-kerja peningkatan, termasuk memasang menara telekomunikasi. Selain itu, menunggu untuk menerima bantuan yang sesuai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tambahnya lagi, kegiatan pertanian di negeri ini merangkumi sebahagian besar daripada masyarakat tempatan.

“Kerajaan secara agresif akan terus mempromosikan pertanian komersial berdasarkan teknologi (IoT) dan fertigasi,”ujarnya.

Turut hadir, Menteri pelancongan, kesenian, budaya dan belia Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah Rahman, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Dr.Sabariah Putit, Pengerusi Perbadanan ekonomi digital Sarawak, Datuk Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi Serba Dinamik Sdn Bhd, Datuk Abdul Kadir Sahib dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

Oleh Jeakqleyn Yacho

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar